Wednesday, June 8, 2011

agar-agar santan


Bahan-Bahan
  1. 25g serbuk agar-agar
  2. 1400ml air
  3. Kordial sirap secukup rasa
  4. Santan 200ml - saya gunakan ayam brand dalam kotak kecil.
  5. Garam secukup rasa
  6. 2 biji telur dipukul
  7. 1 penutup esen ros

Cara-cara:
  1. didihkan 1400ml air
  2. masukkan serbuk agar-agar
  3. setelah agar-agar larut, masukkan kordial sirap.
  4. masukkan esen rose
  5. masukkan garam
  6. masukkan santan, kacau
  7. masukkan telur yang telah dipukul tadi kacau
  8. didihkan dengan api sederhana
  9. tuangkan ke dalam acuan:)
mak saya kata sepatutnya air tu 1000ml je. tapi saya tgk di packaging die suruh bancuh 3000ml. sudahnya saya amik jalan tengah 1400ml. tetapi kesannya bila gunakan air yang banyak, agar-agar tersebut lambat keras.semalaman baru keras.. lepastu die sedikit lembut berbanding agar-agar yang biasa. tapi kira ok lah kot..sebab syahmi yang 1 tahun lebih tu senanglah makan nanti..n...agar-agar saya tak jadi double layer..:( kalau rajin balik ni saya nak cuba dengan sukatan 1000ml je..:)
 

0 comments:

Post a Comment