Tuesday, May 24, 2011

saya melebihi batas

Ada satu kisah. pada suatu minggu, saya mendesak kawan-kawan saya untuk pergi ke Nagoya. Hampir setiap hari saya mendesak.Saya tidak boleh drive. jadi 100% saya mengharapkan mereka. Saya tak sedar tindakan saya mendesak itu membawa ke satu tahap yang salah seorang dari mereka (saya rasa la...) jadi tidak suka dengan saya. kelemahan saya yang paling lemah ialah saya lambat sedar akan kesan tindakan saya. saya tidak berfikir sebelum berkata.

Akhirnya terkeluarlah soalan seperti di bawah:

kawan: kalau kau ada kereta, kau nak tak keluar hari-hari pergi jalan
saya:(pada masa tu saya tersentap, tapi berpura-pura normal)nak tapi hari jumaat je la..jumaat kan lama.

masa tu saya tak nampak salah saya..saya rasa dia tidak bertimbang rasa.saya senyum paksa, sedangkan pada masa tu saya rasa nak nangis kuat-kuat (saya terlalu mudah mengalirkan air mata). balik tu, saya tahan je.saya tak nak mengadu pada suami saya, saya tak nak nampak lemah. sikit-sikit nak mengadu. tapi akhirnya saya ceritakan juga. saya tak tahan sangat.

kemudian suami saya berkata:

suami: kan abang dah cakap, satu hari nanti pasti timbul kes seperti ini.

suami saya pernah menasihati saya, jangan rapat sgt dengan sesiapa, sebab saya terlalu mudah terasa. bila dah rapat kan kita jadi lain...die pernah juga bertanya, 

suami:sayang selalu keluar dengan kawan-kawan diorang tak kisah ke pasal duit minyak dll.
saya: tak lah diorang tak kisah.

bila terimbas balik kata-kata suami saya, baru saya sedar. saya sudah melebihi batas. saya bersyukur kawan saya tu cuba nak betulkan saya, tapi dlm cara yang paling baik..thanks kawan...

0 comments:

Post a Comment